PPV Tropicana Gardens bakal tampung 16,000 penerima vaksin sehari

Amirudin (kiri) ketika turun padang meninjau keadaan di PPV Tropicana Gardens Mall, pada Rabu. Foto: Ihsan FB Amirudin Shari.
Amirudin (kiri) ketika turun padang meninjau keadaan di PPV Tropicana Gardens Mall, pada Rabu. Foto: Ihsan FB Amirudin Shari.
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall dijangka dapat menampung kapasiti suntikan harian vaksin Covid-19 seramai 16,000 orang menjelang akhir Julai ini.

PPV Tropicana Gardens Mall merupakan salah satu PPV Mega di Selangor selain daripada PPV Evo Mall, Bangi; PPV Kompleks Sukan PKNS, PPV Kelana Jaya; PPV De Palma, Shah Alam dan PPV Aurora Mall, Bukit Jalil.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, PPV itu turut menjadi lokasi permulaan bagi pelaksanaan Program Vaksin Selangor (SelVAX) yang dilancarkan sebelum ini.

"Kita berhasrat untuk melindungi nyawa rakyat, menggerakkan ekonomi dan menyelamatkan pekerjaan," katanya menerusi kemas kini di laman Facebook pada Khamis.

Amirudin pada Rabu melancarkan SelVAX sebagai usaha melengkapi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk mencapai tahap imuniti kelompok lebih awal di negeri tersebut.

Amirudin berkata, pihaknya membawa masuk 2.5 juta dos vaksin Sinovac yang akan diberikan sebanyak dua dos secara percuma masing-masing kepada 250,000 penduduk menerusi SelVAX Komuniti manakala 1 juta pekerja industri termasuk buruh warga asing di bawah SelVAX Industri akan dikenakan bayaran kepada majikan mereka.

Artikel Berkaitan: