Covid-19: Pejabat Daerah Kluang ditutup sementara

Notis penutupan sementara Pejabat Daerah Kluang sehingga 7 Julai ini.
Notis penutupan sementara Pejabat Daerah Kluang sehingga 7 Julai ini.
A
A
A

KLUANG - Pejabat Daerah Kluang di bandar ini ditutup sementara bermula Rabu sehingga 7 Julai ini berikutan dikesan berlaku penularan Covid-19 di premis terbabit.

Pejabat Daerah Kluang menerusi Facebook rasminya memberitahu Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengarahkan pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.

"Ini bagi tujuan menjalankan kerja-kerja mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit sebagaimana Akta Pencegahan Pengawalan Berjangkit 1988," demikian menurut kenyataan ringkas dalam Facebook itu.

Notis arahan penutupan premis tersebut yang bermula jam 5 petang Rabu itu turut ditampal di pintu masuk pejabat berkenaan.

Artikel Berkaitan: