Kane bakal ulangi kegemilangan Shearer

Kane
Kane
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate meramalkan penyerang utamanya Haryy Kane mampu kembali menjadi peledak berbisa selepas menamatkan kemarau jaringan ketika kemenangan 2-0 ke atas Jerman pada aksi 16 pasukan terakhir Euro di Wembley pada Rabu.

Kane sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam tiga aksi kumpulan dan menerima banyak kritikan, namun membalasnya dengan menjaringkan gol pada minit ke-86 perlawanan.

Bagi Southgate, dia meramalkan Kane yang juga kapten pasukan itu akan merasai dan mengulangi aksi yang ditunjukkan oleh bekas penyerang berbisa England, Alan Shearer pada Euro 1996.

Shearer pada ketika itu melalui musim kurang memuaskan dengan gagal menjaringkan gol dalam 12 perlawanan dengan pengurus The Three Lions ketika itu, Terry Venables, berada di bawah tekanan untuk mengugurkan Shearer.

Namun, Shearer membuktikan tindakan Venables mengekalkannya tepat dengan menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan kejohanan menentang Switzerland dan mengakhiri saingan Euro itu sebagai pemenang kasut emas dengan lima gol.

"Saya bermain dengan Alan pada tahun 1996 dan nampak perubahan padanya apabila dia menjaringkan gol ketika menentang Switzerland.

"Saya ingat lagi ketika berada di China untuk aksi pemanas badan terakhir dan Alan tidak jaringkan gol. Ia satu lagi perlawanan penuh kekecewaan buat Shearer dan anda boleh nampak riak sedihnya ketika itu.

"Jadi, apabila Harry berjaya menjaringkan gol ketika menentang Jerman, ia satu kelegaan dan dia akan berjaya menjaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan akan datang.

Artikel Berkaitan:

"Kami tahu Harry dan Raheem (Sterling)... mereka berdua memilik rekod jaringan yang baik bersama pasukan. Kami tidak boleh hanya harapkan Harry untuk jaringkan gol dan sebab itu Raheem juga mampu meledak gol. Namun, jika kami mampu membuatkan Harry menjaringkan gol maka ia sesuatu yang sangat bagus untuk pasukan," katanya.

England dijadualkan menentang Ukraine pada awal pagi Ahad ini di Stadio Olimpico yang akan menentukan tempat ke saingan separuh akhir Euro 2020.