Atlet tak perlu kibar bendera putih

Wan Ahmad Fayhsal bertanyakan sesuatu kepada sukarelawan MyVac ketika meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, di sini pada Khamis.
Wan Ahmad Fayhsal bertanyakan sesuatu kepada sukarelawan MyVac ketika meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, di sini pada Khamis.
A
A
A

BAGAN SERAI - Atlet yang berdepan masalah dalam tempoh pandemik Covid-19 tidak perlu mengibarkan bendera putih sebaliknya terus memaklumkan kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya sentiasa menjaga kebajikan atlet di negara ini.

Menurutnya, menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), mereka yang terkesan akan diberikan bantuan.

"Kalau ada apa-apa yang diperlukan sama ada bantuan bakul makanan mahupun melibatkan kesihatan kita akan bantu.

"Buat masa ini saya tak dengar lagi apa-apa masalah. Kempen bendera putih ini bagus cuma kita tak perlukan bendera putih untuk bantu atlet," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, di sini pada Khamis.

Sementara itu, mengenai sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac), Wan Ahmad Fayhsal berkata, di Perak sebanyak 6,000 permohonan diterima.

Katanya, bagaimanapun hanya 300 individu sahaja diambil untuk mengisi penempatan yang ditetapkan di seluruh Perak.

"Jumlah permohonan di Perak ini agak memberangsangkan tetapi penempatan diperlukan hanya 300 individu di seluruh Perak.

Artikel Berkaitan:

"Keperluan itu amat bergantung kepada belanjawan, kalau Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) ada peruntukan untuk sukarelawan, kita boleh tambah lagi penempatan baharu," katanya.

Jelasnya, di seluruh negara pula terdapat 105,000 sukarelawan MyVac yang berdaftar, namun hanya 5,000 sahaja yang diambil untuk bertugas di PPV ditetapkan.