Kumpulan Malvest, YAKIN bantu ringan beban asnaf

Tengku Ibrahim Farihaddin (kiri) menunjukkan sumbangan daripada Kumpulan Malvest dan YAKIN yang akan disumbangkan kepada golongan asnaf di negeri ini yang terjejas dengan serangan pandemik Covid-19.
Tengku Ibrahim Farihaddin (kiri) menunjukkan sumbangan daripada Kumpulan Malvest dan YAKIN yang akan disumbangkan kepada golongan asnaf di negeri ini yang terjejas dengan serangan pandemik Covid-19.
A
A
A

KOTA BHARU - Kumpulan Malvest dan Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) berpadu tenaga apabila menyerahkan sumbangan bakul makanan bagi membantu golongan asnaf di negeri ini yang terjejas dengan pandemik Covid-19.

Jalinan kerjasama antara kedua-dua badan itu diterjemahkan menerusi Kelmedic Sdn Bhd melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam membantu golongan berkenaan.

Agihan bakul makanan yang berisi beras (5 kilogram), tepung gandum dan bihun dikendalikan oleh Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi melibatkan kawasan Kota Bharu.

Agihan bakul makanan yang berisi beras, tepung gandum dan bihun dikendalikan oleh Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi melibatkan kawasan Kota Bharu.
Agihan bakul makanan yang berisi beras, tepung gandum dan bihun dikendalikan oleh Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi melibatkan kawasan Kota Bharu.

Sementara itu, Bendahari, Datuk Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissal merakamkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Malvest dan YAKIN yang menjadi pemangkin dalam menjayakan aktiviti ini.

Beliau berkata, agihan bermula pada Sabtu lalu itu akan diteruskan dari masa ke masa dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

"Saya difahamkan, beberapa syarikat swasta juga telah menyampaikan hasrat mereka untuk menyumbang makanan dalam menjayakan program ini.

"Di samping itu juga, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga akan turut serta dalam mengagihkan sumbangan makanan," katanya.

Artikel Berkaitan: