Penuntut Politeknik KB maut

Motosikal mangsa yang terbabas sehingga melanggar dinding konkrit pembahagi jalan.
Motosikal mangsa yang terbabas sehingga melanggar dinding konkrit pembahagi jalan.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penuntut Politeknik Kota Bharu maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, Kampung Tiong, di sini, hari ini.

Mangsa, Ahmad Amirul Mohd Noor, 19, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian jam 8.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa sebelum itu dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Batu 31 Jalan Kuala Krai, Machang ke tempat latihan praktikal di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa, di sini.

“Ketika melalui tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan (konkrit) di sebelah kiri jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak ke tengah jalan dan meninggal dunia serta-merta,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: