Barcelona enggan lepaskan Messi

Messi
Messi
A
A
A

BARCELONA yakin pemain bintangnya, Lionel Messi akan terus kekal di kelab Catalan itu dengan memuktamadkan kontrak baharu dalam masa terdekat.

Kontrak Messi bersama kelab itu telah tamat pada Rabu dan kini menjadi ejen bebas membolehkannya menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, Barcelona masih yakin Messi akan terus bersama kelab itu dan sedang berada dalam fasa terakhir perbincangan kontrak baharu dengan pemain berusia 34 tahun itu.

"Kedua-dua pihak masih konsisten berbincang. Presiden Barcelona, Joan Laporta sedang berkomunikasi dengan Jorge Messi iaitu ayah Messi dan ejennya.

"Perbincangan itu tidak diketahui isi kandungannya kerana sifat permintaan Messi yang kompleks dan keadaan kewangan Barca yang tidak menentu.

"Namun, difahamkan kedua-dua pihak terus membincangkan masalah ekonomi dan cukai yang berkaitan dengan kontrak Messi serta hak milik imej pemain tersebut," katanya.

Sebelum ini, Presiden La Liga, Javier Tebas memberi amaran Barcelona mungkin terpaksa melepaskan Messi sekiranya tidak menstrukturkan semula perbelanjaan kelab itu yang sudah melepasi had siling gaji pasukan.

Messi ketika ini sedang beraksi bersama Argentina dalam saingan Copa America dengan Albiceleste akan menentang Ecuador dalam aksi suku akhir pada Ahad ini.

Artikel Berkaitan:

"Difahamkan Messi tetap tenang dan fokus bersama pasukan kebangsaannya disebalik situasi kontraknya bersama Barcelona," kata laporan itu.