Lebih 8 juta dos vaksin Covid-19 diberikan: Dr Adham

Dr Adham
Dr Adham
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sebanyak 8,083,685 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, sebanyak 2,309,018 orang telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vakinasi mereka.

“Sebanyak 258,773 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, melibatkan pemberian 163,756 dos pertama dan 95,017 dos kedua," katanya dalam hantaran Twitter beliau pada Khamis.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 303,050 orang, diikuti Sarawak (250,011), Johor (244,400), Perak (209,174) dan Kuala Lumpur (198,655).- Bernama

Artikel Berkaitan: