Kes patung berhala: Segera pasang CCTV

Charles Santiago (depan, tengah) selepas mengadakan perbincangan dengan Idris (empat, kiri) serta AJK Surau Sabilul Huda, tadi.
Charles Santiago (depan, tengah) selepas mengadakan perbincangan dengan Idris (empat, kiri) serta AJK Surau Sabilul Huda, tadi.
A
A
A

PELABUHAN KLANG – Kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di Surau Sabilul Huda, di Taman Pendamar Indah, di sini, bagi mengawasi keselamatan kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, ia berikutan kejadian terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab meletak patung berhala di surau berkenaan.

“Kejadian sama berlaku selang tiga hari dan sebagai Ahli Parlimen Klang ia menjadi tanggungjawab saya untuk mencari jalan bagi membendung perkara sama agar tidak berulang.

“Jadi saya akan luluskan peruntukan untuk memasang CCTV di surau terbabit dengan kadar segera, mungkin Rabu atau Khamis ini.

“Kita bersama pimpinan surau juga merancang untuk mengadakan satu surau bagi mengekalkan keamanan serta keharmonian penduduk pada April ini,” katanya selepas mengadakan perbincangan bersama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Sabilul Huda, tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua berhala pula di Surau Sabilul Huda

Dalam ada itu beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan.

“Sebagai rakyat yang hidup dalam negara pelbagai kaum, kita perlu menjaga keamanan serta keharmonian.

Artikel Berkaitan:

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Buat masa ini kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Surau Sabilul Huda, Idris Mazlan, 64, berkata, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) turut membuat rondaan bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Tapi bukan semua tempat kita buat rondaan, hanya buat di kawasan mencurigakan kerana tenaga kita terhad.

“Kita berterima kasih kepada YB (Charles) kerana prihatin dengan isu yang sedang tular sekarang ini dan berharap dengan adanya CCTV nanti, insiden sama tidak akan berulang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan penduduk Taman Pendamar Indah, Klang, gempar apabila dikejutkan dengan penemuan patung berhala diletakkan bersebelahan pintu masuk utama Surau Sabilul Huda, Khamis lalu.

Difahamkan, patung itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab antara jam 2.30 hingga 4 petang sebelum disedari siak yang datang untuk membuat persiapan solat Asar di surau berkenaan.

Semalam, kejadian sama berulang apabila dua patung berhala bersaiz tapak tangan diletakkan di kiri dan kanan pagar pintu masuk utama surau terbabit.