Pencipta vaksin Covid-19 dihargai penonton pertandingan tenis Winbledon

Sarah Gilbert (duduk) diberikan tepukan penghargaan pada Kejuaraan Tenis Wimbeldon di London pada Isnin. - Foto Getty Images
Sarah Gilbert (duduk) diberikan tepukan penghargaan pada Kejuaraan Tenis Wimbeldon di London pada Isnin. - Foto Getty Images
A
A
A

LONDON - Sekumpulan penonton pertandingan Kejuaraan Tenis Wimbledon di London pada Isnin lalu memberikan tepukan penghargaan secara berdiri kepada para pencipta dan kakitangan yang terlibat dalam penghasilan vaksin Covid-19, AstaZeneca-Oxford.

Dua pencipta itu, Profesor Sarah Gilbert dan rakannya Profesor Sir Andrew John Pollard dari Universiti Oxford yang membantu menghasilkan vaksin itu hadir pada hari pertama pertandingan tersebut.

Pada mulanya, seorang pengacara majlis mengumumkan nama-nama individu dan perwakilan yang dijemput menghadiri acara pembukaan pertandingan tersebut.

Pengacara majlis itu mengumumkan nama-nama berkenaan kerana mereka membantu dalam menjayakan pelaksanaan pertandingan itu.

Gambar dari kiri: Sarah Gilbert, Andrew John Pollard
Gambar dari kiri: Sarah Gilbert, Andrew John Pollard

Turut mendapat tepukan penghargaan itu ialah kakitangan-kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom.

Pada tahun lalu, pertandingan tenis itu dibatalkan ekoran pandemik Covid-19 yang menular dengan cepat dalam kalangan penduduk di Britain.

Rakaman video tentang tepukan penghargaan itu turut disiarkan di media sosial Twitter dengan maklumat keterangan gambar menyatakan pembukaan pertandingan tenis Wimbledon dilakukan dengan cara yang berbeza. - Agensi

Artikel Berkaitan: