Enam negeri kekal penyumbang utama KDNK nasional

Sebanyak tujuh negeri mencatatkan nilai KDNK per kapita melebihi paras nasional iaitu sebanyak RM43,378.
Sebanyak tujuh negeri mencatatkan nilai KDNK per kapita melebihi paras nasional iaitu sebanyak RM43,378.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Enam negeri kekal sebagai penyumbang utama Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nasional pada 2020, kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Menurutnya, enam negeri tersebut ialah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, keenam-enam negeri tersebut merekodkan sumbangan sebanyak 72.1 peratus pada tahun tahun lalu.

Beliau berkata, kesemua 13 negeri termasuk Kuala Lumpur mencatatkan pertumbuhan negatif pada 2020.

Bagaimanapun, Dr Mohd Uzir berkata, lapan daripada negeri tersebut mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik berbanding penguncupan 5.6 peratus dicatatkan di peringkat nasional.

Jelasnya, negeri-negeri tersebut ialah Labuan, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

Artikel Berkaitan:

“Labuan merekodkan penurunan sebanyak 0.5 peratus, diikuti Kelantan (-1.1 peratus), Kedah (-1.7 peratus), Pulau Pinang (-2.1 peratus), Perak (-2.3 petratus), Negeri Sembilan (-3.6 peratus), Johor (-4.6 peratus) dan Selangor (-5.3 peratus),” tambahnya.

Sementara itu, Dr Mohd Uzir berkata, sebanyak tujuh negeri mencatatkan nilai KDNK per kapita melebihi paras nasional iaitu sebanyak RM43,378.

Menurutnya, negeri-negeri tersebut ialah Kuala Lumpur, Labuan, Pulau Pinang, Selangor, Sarawak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kuala Lumpur mencatatkan nilai KDNK per kapita sebanyak RM120,600, diikuti oleh Labuan (RM76,792), Pulau Pinang (RM54,718), Selangor (RM51,966), Sarawak (RM48,597), Melaka (RM45,893) dan Negeri Sembilan (RM43,859), tambahnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KDNK nasional merekodkan nilai pengurangan sebanyak RM80.4 bilion berbanding 2019.

Menurutnya, pengurangan tersebut berpunca daripada pandemik Covid-19 yang menular di negara ini pada tahun lalu.

“KDNK nasional pada 2020 merosot 5.6 peratus berbanding 4.4 peratus pada tahun sebelumnya yang mana semua aktiviti ekonomi merekodkan pertumbuhan negatif.

“Secara umumnya, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2020 adalah yang kedua terendah selepas krisis kewangan 1998,” katanya dalam satu kenyataan.