Three Lions kini ancaman baharu

Kane meraikan jaringan kedua Three Lions ketika England menentang Jerman pada aksi pusingan 16 terbaik Euro 2020 di Stadium Wembley.
Kane meraikan jaringan kedua Three Lions ketika England menentang Jerman pada aksi pusingan 16 terbaik Euro 2020 di Stadium Wembley.
A
A
A

BAKI pesaing England pada saingan Euro 2020 akan melihat The Three Lions sebagai ancaman baharu selepas kejayaan menyingkirkan Jerman dalam saingan Pusingan 16 Terbaik di Stadium Wembley awal pagi Rabu.

Kapten The Three Lions, Harry Kane berkata, kejayaan skuad kendalian Gareth Southgate itu menewaskan gergasi Eropah tersebut akan menjadikan pasukan itu tumpuan untuk ditewaskan selepas ini.

"Mana-mana pasukan selepas ini akan melihat England sebagai pasukan berbahaya setelah mengalahkan Jerman.

"Tidak ada yang lebih besar daripada ini, jadi kami harus bangga tetapi kami tidak boleh berhenti di sini.

"Semoga kita ke peringkat separuh akhir dan final," kata Kane

Pada pusingan 16 terbaik di London itu, dua jaringan pada babak kedua Kane dan Raheem Sterling sudah cukup untuk menyingkirkan Jerman.

Kejayaan anak buah Southgate itu secara tidak langsung kemenangan peringkat kalah mati pertama England ke atas Jerman sejak saingan Piala Dunia 1966.

England selepas ini akan berdepan Ukraine dalam pusingan lapan terbaik di Stadium Olimpico di Rome.

Artikel Berkaitan: