Heung-min tidak ke Tokyo 2020

Heung-min (kiri) tidak tersenarai dalam kalangan pemain untuk mengalas cabaran Korea Selatan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 bulan depan. FOTO: AFP
Heung-min (kiri) tidak tersenarai dalam kalangan pemain untuk mengalas cabaran Korea Selatan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 bulan depan. FOTO: AFP
A
A
A

PENYERANG Tottenham Hotspur, Son Heung-min tidak disenaraikan dalam skuad Olimpik Korea Selatan bagi menghindari kemungkinan berlaku pertikaian antara kelab dan negara.

Musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Heung-min bersama Tottenham akan bermula pada 15 Ogos menentang penyandang juara Manchester City, seminggu selepas berakhirnya Olimpik Tokyo 2020.

Hwang Ui-jo pemain kelab liga Perancis, Bordeaux disenaraikan dalam skuad bawah 24 tahun sebagai pemain berusia lebih tua, sementara pemain kelab liga Sepanyol, Valencia, Lee Kang-in, merupakan anggota termuda pada usia 20 tahun, dapat menghindari perkhidmatan ketenteraan sekiranya memenangi pingat Olimpik.

Korea Selatan sebelum ini menghendaki golongan lelaki yang berkemampuan berusia antara 18 dan 28 tahun, wajib berkhidmat dengan tentera selama dua tahun, namun pengecualian diberikan kepada pemenang pingat di Sukan Olimpik dan atau pemenang pingat emas di Sukan Asia.

"Saya tidak mempertimbangkan isu perkhidmatan ketenteraan. Saya hanya fokus mencari mereka yang paling kompetitif. Kami akan berusaha untuk yang terbaik," kata ketua jurulatih skuad Olimpik Korea Selatan, Kim Hak-bum mengenai pengumuman barisan skuadnya.

Taeguk Warriors memenangi gangsa di London 2012, akan memulakan kempen Kumpulan B memburu pingat Olimpik kedua menentang New Zealand pada 22 Julai.

Turut diundi dalam kumpulan sama adalah Romania dan Honduras, dengan dua pasukan teratas dari masing-masing dari empat kumpulan mara ke suku akhir.

SKUAD OLIMPIK KOREA SELATAN

Artikel Berkaitan:

Penjaga Gol:

Song Bum-keun (Jeonbuk Hyundai Motors), Ahn Joon-soo (Busan IPark)

Pertahanan:

Lee You-hyeon (Jeonbuk Hyundai Motors), Jeong Tae-wook (Daegu FC), Kim Jae-woo (Daegu FC), Kim Jin-ya (FC Seoul), Seol Young-woo (Ulsan FC), Kim Min-jae (Beijing Guoan)

Tengah:

Lee Kang-in (Valencia CF), Kim Dong-hyun (Gangwon FC), Won Du-jae (Ulsan FC), Lee Dong-gyeong (Ulsan FC), Jeong Seung-won (Daegu FC),

Penyerang:

Hwang Ui-jo (FC Girondins de Bordeaux), Kwon Chang-hoon (Suwon Bluewings), Song Min-kyu (Pohang Steelers), Lee Dong-jun (Ulsan FC), Um Won-sang (Gwangju FC).