India mansuh sekatan ke atas import minyak sawit bertapis

India akan membenarkan import olein sawit RBD dengan bebas, hampir 18 bulan selepas kerajaan meletakkan produk minyak sawit bertapis di bawah kategori disekat. - Gambar hiasan
India akan membenarkan import olein sawit RBD dengan bebas, hampir 18 bulan selepas kerajaan meletakkan produk minyak sawit bertapis di bawah kategori disekat. - Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - India akan membenarkan import olein sawit RBD dengan bebas, hampir 18 bulan selepas kerajaan meletakkan produk minyak sawit bertapis di bawah kategori disekat.

Menurut pemberitahuan pada Rabu oleh Direktorat Jeneral Perdagangan Luar Negeri (DGFT) Kementerian Perdagangan, import olein sawit RBD (minyak sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau) akan dibenarkan tanpa sekatan hingga akhir Disember tahun ini.

Olein sawit RBD boleh diimport melalui semua pelabuhan kecuali pelabuhan di negeri Kerala, selatan India.

Import olein sawit RBD oleh India dari Malaysia telah diabaikan sejak kerajaan pada Januari tahun lepas melarang import minyak sawit bertapis tanpa permit khas.

Perubahan dasar import berlaku dalam persekitaran harga minyak makan tinggi di negara ini.

Ini berikutan pengurangan duti import asas India ke atas minyak sawit mentah (MSM) kepada 10 peratus daripada 15 peratus sehari sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: