Covid-19: Kes positif baharu daripada Penjara Kepayan

Sebanyak 51 kes daripada keseluruhan 242 kes baharu Covid-19 di Sabah pada Rabu adalah daripada Kluster Tembok di Penjara Kepayan. - Gambar hiasan
Sebanyak 51 kes daripada keseluruhan 242 kes baharu Covid-19 di Sabah pada Rabu adalah daripada Kluster Tembok di Penjara Kepayan. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 51 kes daripada keseluruhan 242 kes baharu Covid-19 di Sabah pada Rabu adalah daripada Kluster Tembok di Penjara Kepayan di sini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, jumlah kes baharu Kluster Tembok itu juga menyumbang kepada 99 kes baharu di Kota Kinabalu hari ini dengan 66 kes dikesan melalui saringan kluster dan 33 kes lagi daripada saringan lain.

"Selain Kluster Tembok, turut mencatat kes baharu di Kota Kinabalu hari ini ialah dua kluster melibatkan pekerja di pelantar minyak iaitu Kluster Ocean Blue dan Kluster Coral masing-masing mencatat lima kes hari ini

(Rabu).

"Satu lagi kluster di Kota Kinabalu iaitu Kluster Tanjung Aru Baru melibatkan penularan komuniti turut mencatat lima kes baharu hari ini...dengan 242 kes baharu hari ini kes kumulatif Covid-19 di Sabah mencatat 69,445 kes," katanya menerusi kenyataan di sini malam Rabu.

Sementara itu, beliau berkata, satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Limbawang di Beaufort melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti dipercayai tercetus semasa majlis pengebumian di Kampung Gelilia Padas Damit pada 20 Jun lepas.

"Kes indeks seorang lelaki berusia 35 tahun dari Kampung Kelabu disahkan positif ujian saringan di Klinik Kesihatan Padas Damit pada 21 Jun lepas setelah mengalami gejala demam sejak 19 Jun...sehingga hari ini sebanyak 30 kes dikesan melibatkan kluster ini," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: