Maskargo terbangkan 3 juta dos vaksin Sinovac setakat ini

MASkargo bahagian perniagaan kargo MAG telah membuat penerbangan penghantaran terbesar vaksin Sinovac Covid-19 setakat ini dari China. - Gambar hiasan
MASkargo bahagian perniagaan kargo MAG telah membuat penerbangan penghantaran terbesar vaksin Sinovac Covid-19 setakat ini dari China. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) bahagian perniagaan kargo Malaysia Aviation Group (MAG), telah membuat penerbangan penghantaran terbesar vaksin Sinovac Covid-19 setakat ini dari China.

Ia telah membawa tiga juta dos vaksin dari Beijing melalui Airbus 330-300.

"Pengendalian lancar penghantaran vaksin adalah keutamaan kami memandangkan kempen vaksinasi di seluruh negara sedang bergerak sepenuhnya," kata Ketua Pegawai Operasi MASkargo, Mohd Zulkefli Ujang dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, syarikat itu berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk membawa masuk penghantaran ini dan menjadi sebahagian daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. -Bernama

Artikel Berkaitan: