Alif Satar bakal timang anak ketiga

Instagram Alif Satar
Instagram Alif Satar
A
A
A

PENYANYI dan pelakon popular, Alif Satar berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi apabila isterinya, Shadila Halid disahkan hamil.

Alif yang baru sahaja kembali ke tanah air selepas terlibat dengan konsert jelajah di United Kingdom (UK) mengumumkan berita tersebut di laman Instagramnya selepas ramai yang dapat menghidu tentang perkara tersebut menerusi posting gambarnya bersama isteri dua hari lalu.

“Ariana here taking notes from the more experienced Alisha. So, cerita dia macam ni, korang semua macam boleh ‘magically’ teka from a white folded piece of paper that it was an ultrasound (dua post sebelum ni).

“Don’t know how some of you did it, but tekaan korang betul. Jadi berita gembira dikongsikan, alhamdulillah we’re expecting our 3rd child,” tulisnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, selebriti yang cukup dikenali dengan bakat versatilnya ini turut memohon agar semua peminat mendoakan yang terbaik buat kandungan isterinya.

“Alif minta doa anda semua agar kandungan ni sihat dan semuanya berjalan dengan lancar. God bless,” ujarnya lagi.

Disebabkan Alif telah memiliki dua cahaya perempuan sebelum ini, ramai yang mendoakan agar kali ini bayi yang bakal dilahirkan nanti adalah lelaki.

Artikel Berkaitan:

Alif dan isteri mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.