X

Kindly register in order to view this article
!

3 lokaliti di Negeri Sembilan, Kelantan, Sabah dikenakan PKPD

Tiga kawasan di Negeri Sembilan, Kelantan dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini hingga 15 Julai depan. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Tiga lokaliti di Negeri Sembilan, Kelantan dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula Jumaat ini hingga 15 Julai depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang terlibat ialah Penjara dan Kuarters kakitangan Jelebu, Kampung Pangkal Jetas, Machang serta Taman Public, Kota Kinabalu.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut selain memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan aktiviti mengesan kontak rapat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan, pelaksanaan PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat Sabah dilanjutkan 14 hari lagi bermula Jumaat ini hingga 15 Julai depan.

Kata beliau, selain itu, PKPD di lima lokaliti di Sabah, dan Sarawak ditamatkan masing-masing pada Khamis.

“Lokaliti di Sabah membabitkan Kampung Bukit Gemuk, Tawau; Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau; Perumahan Etara Jalan Agaseh, Lahad Datu dan Taman Lavender, Kudat.

"Lokaliti di Sarawak pula membabitkan Kampung Serikin Bau, Kuching,” ujarnya.

Sementara itu, seramai 600 individu ditahan, 592 dikompaun dan lapan direman bagi kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) pada Selasa.

“Seramai 136 individu gagal merekod butiran diri masuk premis, tiada penjarakan fizikal (125), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (104), tidak memakai pelitup muka (96), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (70), membawa penumpang berlebihan (30), premis gagal patuhi arahan (12) dan lain-lain (27),” jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!