X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Nelayan warga Kemboja diselamatkan diserah kepada kedutaan

Nelayan warga Kemboja, Pek Poeun (dua dari kiri) yang diselamatkan Maritim Perak diserahkan kepada kedutaan negara itu pada Rabu.
A
A

LUMUT - Nelayan warga Kemboja yang diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas terjatuh ke laut di perairan Pulau Jarak pada 25 Jun lalu telah diserahkan kepada wakil kedutaan negara itu pada Rabu.

Penyerahan mangsa, Pek Poeun, 41, dilakukan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Perak, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain kepada wakil Kedutaan Kemboja, Zulkifli Mohd Salleh di Ibu Pejabat Maritim Perak, Lumut.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kru warga Kemboja itu diselamatkan oleh Kapal Diraja (KD) Mahameru selepas menerima maklumat daripada sebuah kapal dagang yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada Maritim Perak bagi tujuan lanjut.

"Wakil kedutaan bersetuju menerima mangsa dan akan menguruskan penyediaan dokumen dalam proses penghantaran pulang dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Dalam kejadian Sabtu lepas, mangsa dilaporkan terjatuh ke laut ketika melaksanakan aktiviti penangkapan ikan pada waktu malam dan ketika insiden berlaku keadaan laut bergelora.

KD Mahameru yang ketika itu melaksanakan Rondaan Selat Melaka dan Op Benteng Laut berhampiran sempadan perairan antarabangsa telah berjaya menyelamatkan mangsa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!