X

Kindly register in order to view this article
!

Hina Pemangku Raja Pahang, polis terima 23 laporan

A
A

KUANTAN - Polis Kontinjen Pahang menerima 23 laporan berhubung dakwaan kenyataan menghina Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan juga kini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman," katanya ringkas ketika dihubungi pada Rabu.

Sejak Ahad, tular di laman sosial tangkap layar ciapan akaun di Twitter yang memuat naik gambar Tengku Hassanal yang diedit bersama kenyataan jelik sehingga menimbulkan kemarahan netizen. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!