MAIS bantu 236 keluarga terkesan pandemik Covid-19

Izhar Ismail (kanan) memberi sumbangan kepada RSAFM untuk disalurkan kepada keluarga yang terjejas pandemik Covid-19 di sekitar Sepang, Gombak dan Kuala Selangor.
Izhar Ismail (kanan) memberi sumbangan kepada RSAFM untuk disalurkan kepada keluarga yang terjejas pandemik Covid-19 di sekitar Sepang, Gombak dan Kuala Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan bantuan kepada 236 penerima yang terkesan dengan pandemik Covid-19 terutama golongan B40, mereka yang dibuang kerja, hilang pendapatan atau diberikan cuti oleh majikan.

MAIS menerusi satu hantaran di Facebook menjelaskan bantuan keseluruhan berjumlah RM23,600 itu dihulurkan untuk membantu keluarga yang terkesan di sekitar daerah Sepang, Gombak dan Kuala Selangor.

Menurut hantaran tersebut, setiap keluarga menerima bantuan berbentuk set makanan asasi bernilai RM100 berupa beras, minyak, gula dan makanan kering yang lain melalui peruntukan fidyah MAIS.

Turut hadir dalam edaran fidyah tersebut ialah Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Suhaimi Ismail, Ketua Audit Dalam MAIS, Zaharudin Salim dan Penolong Pengurus Zon A MAIS, Izhar Ismail.

“Bantuan disampaikan melalui Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS termasuk Surau Al Hijrah, Masjid Al Iman, Sekolah Rendah Agama Desa Putra, Maahad Hafiz Jeram, Masjid Darul Falah, Darul Ulum Zaiyadai, KAFA Integrasi Taman Melawati dan Tahfiz Surau Al Aziziah.

“Untuk umat Islam di Selangor yang hendak melaksanakan bayaran fidyah secara dalam talian bolehlah layari http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

“MAIS mengucapkan terima kasih atas bayaran fidyah yang telah dilaksanakan oleh masyarakat Islam di Selangor,” kata hantaran tersebut pada Rabu.

Artikel Berkaitan: