X

Kindly register in order to view this article
!

Sabah terima 628,390 dos vaksin setakat 28 Jun

Hajiji menyampaikan sumbangan kepada Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez Nordin yang mengetuai konvoi penghantaran vaksin ke Nabawan.
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah sudah menerima 628,390 dos vaksin atau 254,565 vial bagi vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca setakat 28 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 555,761 dos sudah digunakan untuk dos pertama dan kedua bagi tiga jenis vaksin itu.

"Baki vaksin kini adalah sebanyak 72,598 dos. Setakat ini, sebanyak 152 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah membabitkan fasiliti kesihatan selain hospital, klinik swasta dan dewan serta premis swasta.

"Bagi program mobile outreach, sebanyak 16 daerah yang terbabit dengan 20 pasukan klinik bergerak serta 195 lokaliti. Sebanyak 19,310 vaksin (dos satu) telah diberikan membabitkan jenis Pfizer dan Sinovac," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang hadir pada majlis penyerahan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di Dewan Masyarakat Manggatal pada Rabu.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya; Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip.

Sementara itu, Hajiji turut berpuas hati dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan di Sabah termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Berdasarkan taklimat, saya melihat PICK berjalan lancar termasuk program bergerak kerajaan (mobile outreach) yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah dan Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF).

"Saya berharap proses vaksinasi di Sabah akan berjalan lebih lancar lagi termasuk di kawasan pedalaman," katanya.

Sempena majlis itu, Hajiji melakukan 'flag-off' atau pelepasan kenderaan pacuan empat roda Mobile Covid Vaccination ke Nabawan yang membawa vaksin untuk dos kedua ke daerah berkenaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!