Lans koperal ditahan terima rasuah RM3,500

Seorang anggota polis ditahan selepas dipercayai meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM3,500.
Seorang anggota polis ditahan selepas dipercayai meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM3,500.
A
A
A

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang anggota polis berpangkat lans koperal selepas dipercayai meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM3,500.

Menurut sumber, lelaki berusia 20-an yang bertugas di sebuah daerah di negeri ini ditahan pada jam 11.30 pagi Rabu.

Turut dirampas wang tunai berjumlah RM3,500 dipercayai diterima secara rasuah.

Difahamkan, wang yang dimintanya itu adalah sebagai balasan untuk memulangkan semula barang milik seorang warga Pakistan yang ditahan iaitu motosikal, buku hutang dan pasport.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: