Ular sawa terbelit di jengkaut

Anggota bomba sedang mengeluarkan ular sawa yang terbelit di kipas jengkaut dalam kejadian di Kota Laksamana di sinar, pada Selasa.
Anggota bomba sedang mengeluarkan ular sawa yang terbelit di kipas jengkaut dalam kejadian di Kota Laksamana di sinar, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Sekumpulan pekerja pembersihan yang asyik melakukan rutin harian mereka dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang kira-kira tiga meter di Taman Kota Laksamana di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam10 pagi, itu reptilia itu dipercayai menyusur masuk ke dalam enjin jengkaut yang terletak berdekatan kumpulan pekerja terbabit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairuddin Atan berkata, sebuah jentera dari BBP Melaka Tengah dengan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10. 11 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian pasukan bomba mendapati terdapat seekor ular sawa berada dalam enjin kipas kenderaan tersebut.

"Bagaimanapun operasi menangkap ular sawa itu menghadapi sedikit kesukaran kerana reptilia itu terbelit pada kipas kenderaan berat itu," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, pihaknya mengambil masa kira- kira 30 minit sebelum berjaya membawa reptilia itu keluar daripada enjin jengkaut terbabit.

"Kita mengambil masa lama untuk membawanya keluar dan kami lakukan dengan berhati- hati sebelum reptilia itu dilepaskan ke habitat asalnya jauh dari kawasan kediaman penduduk," katanya.

Artikel Berkaitan: