Operasi perkhidmatan LHDN secara janji temu bermula 1 Julai

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua kaunter perkhidmatan percukaian di pejabat cawangan, pusat satelit dan pusat khidmat hasil (PKH) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan beroperasi secara janji temu bermula 1 Julai.

LHDN dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan waktu operasi bagi kaunter perkhidmatan percukaian itu adalah berdasarkan hari bekerja di setiap negeri bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurut LHDN, orang ramai yang ingin hadir boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my untuk membuat janji temu dalam talian (e-Janji Temu).

“LHDN ingin menasihatkan para pelanggan yang menghadiri janji temu untuk sentiasa mengemas kini Status Risiko Covid-19 masing-masing pada aplikasi MySejahtera dan mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: