400 petugas Parlimen terima suntikan vaksin Covid-19

Khairy Jamaluddin bersama dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam sidang media mingguan perkembangan Program Immunasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) secara dalam talian pada Rabu
Khairy Jamaluddin bersama dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam sidang media mingguan perkembangan Program Immunasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) secara dalam talian pada Rabu
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seramai 400 petugas Parlimen mula terima suntikan vaksin Covid -19 di beberapa Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) di sekitar ibu negara pada hari ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, penerimaan vaksin tersebut merupakan sebahagian daripada persediaan bagi membuka semula sidang Parlimen yang akan ditentukan tidak lama lagi.

“Ini termasuklah kakitangan Parlimen, staf-staf yang terlibat dalam pencucian, katering dan sebagainya.

“Ia adalah sebagai persediaan kepada pembukaan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan ditentukan tidak lama lagi nanti.

“Kita mahu memastikan setiap petugas Parlimen mendapat perlindungan sewajarnya bagi mengelakkan jangkitan berlaku,” katanya dalam sidang media mingguan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) secara dalam talian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, setiap ahli-ahli Parlimen telah dimaklumkan bahawa staf yang mengiringi mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga layak untuk menerima vaksinasi.

“Apabila Parlimen bersidang nanti, kita akan ada Parlimen yang divaksinasi secara penuh,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: