Pengurangan yuran pengajian ditentukan IPT: Noraini

Noraini bertanya sesuatu kepada seorang wanita yang menunggu giliran untuk menerima vaksin di PPV di USIM.
Noraini bertanya sesuatu kepada seorang wanita yang menunggu giliran untuk menerima vaksin di PPV di USIM.
A
A
A

NILAI - Keputusan sama ada yuran pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) dikurangkan ataupun tidak dicaj terhadap pelajar yang tidak berada di kampus bergantung kepada universiti masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ini kerana setiap universiti mempunyai kuasa autonomi untuk menentukannya.

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini beliau dimaklumkan tiada sebarang kenaikan dikenakan terhadap yuran sedia ada.

"Dari awal kita telah dimaklumkan tiada kenaikan yuran pengajian, yuran aktiviti dan lain-lain kerana memang kita minta ia dikurangkan atau tidak dikenakan caj.

"Ada juga IPT yang memberi diskaun pada yuran dikenakan dan memansuhkan yuran penginapan serta yuran aktiviti kepada pelajar yang tidak pulang ke kampus," katanya bagi menjawab soalan berkenaan saranan supaya yuran pengajian di IPT dikaji semula berikutan ketika ini negara masih berada dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin(PPV) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) di sini pada Rabu.

Noraini berkata, sebanyak 30 peratus tenaga pengajar telahpun menerima vaksin, manakala bagi kumpulan lain akan mula menerima vaksin pada fasa ketiga.

Dalam pada itu katanya, kementeriannya bercadang mengembangkan perkhidmatan vaksin bergerak ke PPV IPT lain yang mempunyai kemampuan terutamanya dari segi fasiliti dan sumber manusia.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, projek rintis PPV bergerak pertama dibuka di Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) di Batu Pahat, Johor