Bicara kes 1MDB Najib bersambung Isnin depan

Najib
Najib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion akan bersambung 5 Julai di Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata, kes itu sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara pada Selada dan Rabu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, namun ditangguh berikutan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kami menerima e-mel daripada mahkamah petang semalam yang memaklumkan perbicaraan kes 1MDB dilapangkan untuk minggu ini. Mengikut jadual yang ditetapkan sebelum ini, tarikh perbicaraan seterusnya akan bermula 5 hingga 8 Julai,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp pada Rabu.

Perbicaraan kes 1MDB kali terakhir didengar pada 27 Mei lalu.

Peguam, Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib dijangka meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10, Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, apabila perbicaraan bersambung nanti.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Bernama

Artikel Berkaitan: