KKM sasar 14 juta penduduk selesai terima vaksin Julai ini

Dr Noor Azmi (kanan) diiringi Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar (dua dari kanan) semasa lawatannya ke PPV Tanjong Karang pada Rabu.
Dr Noor Azmi (kanan) diiringi Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar (dua dari kanan) semasa lawatannya ke PPV Tanjong Karang pada Rabu.
A
A
A

TANJONG KARANG - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan seramai 14 juta atau 10 peratus keseluruhan penduduk di negara ini disuntik pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Julai ini.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, angka itu meningkat sekali ganda berbanding hanya kira-kira 7 juta penduduk yang menerima suntikan setakat Rabu.

"Pada Februari hingga Jun, kadar pemberian vaksin dos kedua sebanyak 6.8 peratus manakala 7.2 peratus dos pertama telah diberikan kepada rakyat di seluruh negara.

"Di Selangor sahaja kita sudah mencapai 14 peratus rakyat di negeri ini yang telah disuntik iaitu 914,000 penduduk dengan 287,000 daripada mereka sudah menerima dua dos suntikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tanjong Karang, di sini pada Rabu.

Dr Noor Azmi berkata, kerajaan Persekutuan telah memperkasa dan mempercepatkan lagi proses imunisasi Covid-19 membabitkan keseluruhan masyarakat terutama luar bandar dengan peruntukan tambahan sebanyak RM14 juta bagi pembelian vaksin.

"Tahun ini sahaja kita ada tiga jenis vaksin iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

"Pada Julai ini kita akan menerima lebih banyak vaksin baharu seperti CanSino dan Johnson & Johnson (J&J) yang diutamakan kepada penduduk luar bandar, orang kurang upaya (OKU), pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha memberi perlindungan kepada semua pihak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!