X

Kindly register in order to view this article
!

Polis tahan tukang urut hina azan

Polis menahan pemilik akaun Facebook Julia JJ II selepas dipercayai membuat hantaran yang boleh membangkitkan perpecahan dan suasana tidak harmoni di laman sosialnya.
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan pemilik akaun Facebook Julia JJ II selepas dipercayai membuat hantaran yang boleh membangkitkan perpecahan dan suasana tidak harmoni di laman sosialnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, wanita berusia 26 tahun yang berasal dari Tawau, Sabah itu ditangkap di pada Selesa selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT kira-kira jam 11.30 pagi.

Menurutnya, polis menerima satu laporan mengenai hantaran dibuat oleh wanita berkenaan yang mempersendakan laungan azan di masjid selain menyertakan emoji gambar hidung khinzir, khinzir dan anjing.

"Kita menerima laporan daripada pengurus sebuah syarikat swasta yang telah melihat kenyataan tersebut setelah dikongsikan oleh seorang penghuni yang tinggal di kawasan perumahan pengadu melalui kumpulan WhatsApp.

"Pengadu tidak berpuas hati dengan tindakan suspek yang tidak menghormati sensitiviti agama rakyat Malaysia. Perbuatan suspek ini dianggap sangat tidak wajar dan akan mencetuskan perpecahan kaum dan juga menimbulkan situasi yang tidak harmoni dalam kalangan umat Islam di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Shafee berkata, semakan polis dibuat mendapati terdapat empat laporan polis yang telah dibuat berkaitan dengan hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook berkenaan.

Katanya, polis turut merampas dua telefon bimbit milik wanita itu yang bekerja sebagai tukang urut.

"Siasatan lanjut masih lagi diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998,"katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!