Lebih 7.8 juta dos vaksin Covid-19 diberikan

Dr Adham. - Foto Bernama
Dr Adham. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,824,912 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat Selasa di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 5,610,911 adalah penerima dos pertama manakala 2,214,001 individu lagi telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 231,733 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam," katanya dalam hantaran Twitter beliau pada Rabu.

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 287,127 orang, diikuti Sarawak (246,259), Johor (233,239), Perak (201,040) dan Sabah (188,690). - Bernama

Artikel Berkaitan: