Tony Spider meninggal dunia di studio rakaman

Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi.
Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi.
A
A
A
KUALA LUMPUR- Pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi.

Astro AWANI difahamkan, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang berehat di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M Nasir di Sungai Buloh.

Berita duka pemergian Tony turut dikongsi oleh pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagram sekitar pukul 3 pagi.

“Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu dikalangan orang beriman. Amin,” tulis Along di hantarannya itu.

Selain Allayharham Tony, Spider yang merupakan antara band popular dalam negara yang mendapat didikan dan asuhan sifu M Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass).

Antara lagu popular kumpulan Spider ialah Relaku Pujuk, Kasih Latifah, Laukku Cukup Masin dan Nazraku.- Awani

Tony Spider meninggal dunia di studio Luncai Emas

Artikel Berkaitan: