Rakyat patut rasa lega

No Image Caption
A
A
A

TERLEBIH dahulu Awang nak ucapkan tahniah pada Tan Sri Perdana Menteri yang baru umumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pakej Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bernilai RM150 bilion.

Awang bukanlah pakar ekonomi. Awang serahkan pada mereka yang arif untuk membuat penilaian apakah pakej bantuan dan rangsangan itu mencukupi dan berkesan atau sebaliknya.

Bagi Awang soalan utama yang patut ahli ekonomi tanyakan ialah “apakah ini bentuk bantuan dan rangsangan yang diperlukan” oleh ekonomi dan rakyat pada masa ini?

Daripada awal Awang dah kata, pihak Kementerian Kewangan patut turun ke bawah, jumpa pemain industri, termasuk peniaga kecil dan besar. Dengar pandangan mereka yang diwakili oleh macam-macam persatuan dan gabungan yang ada. Jangan sampai kita tak memahami masalah sebenar yang mereka hadapi di bawah sana.

Memang sebelum ini pun ada pakej bantuan subsidi gaji misalnya. Banyak syarikat yang tak dapat bantuan ini oleh sebab karenah birokrasi dan syarat yang ketat, terutamanya syarikat Bumiputera.

Salah satu tuntutan rakyat yang utama semasa lockdown ini adalah moratorium pinjaman bank. Tan Sri Perdana Menteri memang janji ada moratorium enam bulan “untuk semua” dan “tanpa syarat”. Tapi nampaknya perlu mohon juga dari bank bermula 7 Julai ini. Awang boleh bayangkan tentu akan jam sistem komputer bank pada tarikh itu nanti. Bagi IKS pula perlu juga semakan dan persetujuan dari bank.

Macam kata Bossku Tuk Seri Najib kalau nak bagi, bagi sahajalah secara automatik, apa pula kena mohon?

Artikel Berkaitan: