X

Kindly register in order to view this article
!

Switzerland tulis sejarah baharu

Sommer muncul wira Switzerland ketika menyingkirkan juara dunia Perancis dalam Pusingan 16 Terbaik Euro 2020.
A
A

KAPTEN Switzerland, Granit Xhaka menyifatkan Naziunala Rossocrociati itu membuka sejarah baharu bola sepak negara tersebut selepas menyingkirkan juara dunia Perancis dalam Pusingan 16 Terbaik Euro awal pagi Selasa.

Malah menurut Xhaka, kejayaan mengalahkan Les Bleus kendalian Didier Deschamps itu juga telah menutup mulut pengkritik selepas anak buah Vladimir Petkovic dibelasah Itali 3-0 pada aksi fasa kumpulan di Stadium Olimpico, Rome pada 16 Jun lalu.

"Saya selalu mengatakan bahawa pasukan ini layak mendapat lebih banyak daripada yang anda boleh baca di media-media.

"Cumanya di sini, saya dapat jaminan satu perkara, kami telah menulis sejarah yang menjadi kebanggaan orang Switzerland selepas mencipta sesuatu yang mustahil digambarkan dengan kata-kata.

"Ini merupakan pengajaran dan pengalaman yang mematangkan pemain-pemain selepas melakukan kesilapan dalam perlawanan sebelum ini," katanya.

Switzerland mara ke pentas lapan terbaik Euro 2020 selepas menewaskan Perancis 5-4 menerusi penentuan penalti pada pusingan 16 terbaik selepas terikat 3-3 pada masa sebenar.

Jelas Xhaka lagi, beliau percaya pemain-pemain Switzerland telah mempamerkan persembahan terbaik sepanjang aksi 90 minit tersebut.

"Saya mempunyai perasaan positif bahawa kami bermain pada babak pertama dengan cukup sempurna, namun apabila ketinggalan saya berkata kepada Yann (Sommer), kita harus bangun atau ini semua akan berakhir.

“Masih terlalu awal untuk menyerah kerana masih memiliki 25 minit lagi dan saya tahu pada ketika itu kami sedang ketinggalan 3-2, dan akhirnya kami berjaya menyamakan kedudukan.

"Kami adalah pasukan yang lebih baik selepas kekalahan kepada Itali, yang kemudiannya bernasib baik apabila mempunyai penjaga gol hebat menyelamatkan penalti," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!