Pelakon wanita ditahan positif dadah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

NILAI - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang pelakon wanita pada Isnin selepas didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pelakon berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 9.15 malam ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Chalet di sini.

"Pelakon itu dibawa ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai bagi tujuan saringan awal dan mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, bagaimanapun pelakon itu dilepaskan dengan jaminan polis.

Ujarnya, polis menegaskan bahawa sebarang aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah merupakan satu kesalahan undang-undang.

Artikel Berkaitan: