Pengembara masuk Labuan wajib jalani ujian RT-PCR

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mengenakan beberapa sekatan tambahan bagi individu yang ingin masuk ke Labuan, antaranya wajib menjalani ujian RT-PCR Covid-19 tiga hari sebelum kemasukan serta menjalani kuarantin wajib.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, pelaksanaan sekatan tambahan itu dibuat setelah mengambil kira situasi Covid-19 itu berkuatkuasa 1 Julai sehingga diberitahu kelak.

Beliau berkata, bagi penduduk asal Labuan, mereka wajib kuarantin selama 10 hari di rumah dan tempoh yang sama dikenakan bagi penjawat awam dengan pilihan sama ada di rumah atau hotel, manakala pelawat asing dari luar negara pula perlu jalani kuarantin 14 hari di hotel.

Ismail Sabri berkata, pengguna Kad Harian ‘Transporter’ diwajibkan mengambil ujian RT-PCR setiap dua minggu dan wajib menjalani ujian RTK antigen setiap minggu.

“’Sign on’ dibenarkan untuk warganegara sahaja dan wajib menjalani kuarantin 14 hari dengan satu ujian RT PCR pada hari ke-10. Prosedur kemasukan ke Labuan adalah terpakai sepenuhnya. Keutamaan diberikan kepada individu yang telah mengambil vaksin Covid-19,” katanya.

Jelasnya ‘sign off’ dibenarkan dengan 14 hari kuarantin dan wajib menjalani satu ujian RT-PCR, manakala kapal kumpit ditangguhkan buat sementara waktu.

Artikel Berkaitan: