X

Kindly register in order to view this article
!

Kes larikan peti besi, dua koperal dibebaskan

Kamarul Zaman (tengah) mengetuai serbuan ke atas kilang yang beroperasi di Sungai Petani pada Selasa.
A
A

SUNGAI PETANI - Dua anggota polis berpangkat koperal yang ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes melarikan peti besi sebuah syarikat penghantaran dibebaskan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kedua-duanya telah dibebaskan dengan arahan mahkamah.

Beliau bagaimanapun berkata, polis masih giat mengesan baki ahli sindiket yang dipercayai masih bebas.

Menurutnya, sebelum ini polis menahan 10 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes terbabit.

"Lapan lagi individu masih direman sehingga 1 Julai ini," katanya kepada pemberita ketika membuat serbuan di sebuah kilang kitar semula plastik di sini pada Selasa.

Kamarul Zaman berkata, setakat ini belum ada tangkapan baharu membabitkan kes berkenaan, namun siasatan lanjut masih diteruskan.

Menurutnya, sebanyak 92 peratus wang tunai yang dilarikan serta disembunyikan di beberapa tempat, antaranya di rumah dan dalam kereta telah dikesan menerusi beberapa serbuan dan tangkapan.

Sebelum ini media melaporkan tiga anggota polis berpangkat sarjan dan koperal antara ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000 di sebuah syarikat penghantaran di Alor Setar pada minggu lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, syarikat yang memungut wang hasil pembelian secara bayar waktu terima (COD) telah dipecah masuk dan sebuah peti besi dilarikan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!