MB Selangor serius banteras kilang haram

Sebuah kilang yang diambil tindakan atas kesalahan beroperasi tanpa kebenaran pada tahun lalu. -Foto Facebook Amirudin
Sebuah kilang yang diambil tindakan atas kesalahan beroperasi tanpa kebenaran pada tahun lalu. -Foto Facebook Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mengambil tindakan tegas terhadap kilang haram yang masih berdegil beroperasi di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri tidak sesekali akan berkompromi terhadap operasi kilang haram.

Malah katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan melakukan tindakan secara berperingkat terhadap kilang-kilang haram berkenaan.

"Kerajaan negeri akan terus membanteras kilang haram yang beroperasi tanpa lesen sah. Tangkap layar ini adalah berita pada 3 November 2020 (tahun lalu)," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau pada Selasa.

Terdahulu, Amirudin berkongsi tangkap layar menunjukkan operasi kilang haram yang beroperasi tanpa kebenaran di negeri ini.

Menerusi tangkap layar itu menunjukkan sebanyak 168 kilang haram di Selangor pada tahun lalu dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menunjukkan angka tertinggi iaitu sebanyak 75 kes.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) pula (27), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) (23) dan Majlis Perbadanan Klang (20).

Turut tersenarai ialah Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) (14), Majlis Daerah Hulu Selangor (7) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) (2).

Artikel Berkaitan: