X

Kindly register in order to view this article
!

Kelulusan pergerakan 'one off' kepada individu bekerja sendiri

Acryl Sani
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia sebelum ini telah memberikan kelulusan pergerakan secara 'one off' kepada pekerja sendiri yang tiada majikan seperti tukang paip, penyelenggara dan penjaja tepi jalan untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kelulusan berkenaan tamat pada Isnin akan diberikan pelanjutan secara automatik sehingga 7 Julai.

"Bagi pergerakan selepas 7 Julai, di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan perlu mengemukakan permohonan pergerakan baharu daripada Polis Diraja Malaysia.

"Kelulusan pergerakan akan diberikan untuk tempoh 14 hari dan perlu dimohon semula apabila tamat," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Acryl Sani menasihati orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika berurusan di balai polis.

"Kita juga menyeru orang ramai untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan keluk penularan wabak Covid-19," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!