X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Jawatankuasa Pemandu kumpul data bentuk silibus MA63

Maximus Ongkili
A
A

KOTA KINABALU - Sebuah Jawatankuasa Pemandu akan dibentuk untuk mempercepat usaha mengumpul data mengenai sejarah dan aspek undang-undang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, jawatankuasa pemandu yang terdiri daripada anggota Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS); Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) dan Institut Kajian Pembangunan (IDS) itu akan mengumpulkan semua fakta sejarah yang membawa kepada pembentukan Malaysia 58 tahun yang lepas.

"Jawatankuasa Pemandu ini akan membangunkan silibus mengenai MA63 dan pembentukan Malaysia untuk sekolah, pelajar pengajian tinggi, dan rujukan awam.

"Usaha ini akan diselaraskan oleh BHESS, dan pasukan pembentukan yang dipimpin oleh SLS, dengan input diperoleh dari IDS dan Kementerian Pendidikan, serta anggota akademik yang akan mengembangkan silibus untuk kelompok sasaran," katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat yang diadakan secara dalam talian bersama-sama peguam kanan SLS, diketuai oleh Presidennya Roger Chin, dan Ahli Lembaga IDS, diketuai oleh Pengerusinya Dr Mohd Yaakub Johari.

Ongkili berkata, jawatankuasa berkenaan menyasarkan untuk menghasilkan output yang dapat diterima daripada aspek perundangan mahupun akademik.

Ia sekali gus dapat membantu menghapuskan tafsiran fakta yang salah atau tidak tepat dan seterusnya memberikan gambaran sebenar mengenai peristiwa dan perjanjian berkenaan, katanya.

"Terdapat banyak tafsiran mengenai MA63 di luar sana dan kami berharap silibus ini kelak akan dapat membuat catatan maklumat yang sahih. Kami ingin mengelak orang ramai daripada ditipu dan dipesongkan tentang fakta sebenar perjanjian bersejarah itu," tambahnya. -Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!