Sila log masuk terlebih dahulu.

Pakej Pemulih bukti kerajaan prihatin dengan keperluan rakyat

Poster kenyataan bersama Pemuda PN yang dikeluarkan pada Selasa.
Poster kenyataan bersama Pemuda PN yang dikeluarkan pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) membuktikan kerajaan prihatin dengan kesusahan yang dihadapi rakyat.

Pemuda Perikatan Nasional (PN) dalam kenyataan bersama memaklumkan, pemberian berkenaan merupakan perkara yang dinantikan danmelegakan rakyat secara keseluruhannya.

Kenyataan dikeluarkan bersama oleh Ketua Pemuda PN, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khiruddin; Ketua Armada Bersatu Nasional, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal; Ketua Pemuda STAR, Rizal Johari; Ketua Pemuda SAPP, Jamain Sarudin dan Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pusat, Wong Chia Zhen.

Menurut kenyataan itu, sikap profesional kerajaan perlu dipuji apabila memperuntukkan sejumlah RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Hal ini jelas membuktikan keprihatinan kerajaan PN bersifat inklusif dan bertanggungjawab tanpa mengira ideologi politik,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan satu pakej bantuan bernilai RM150 bilion bertujuan membantu rakyat yang berhadapan kesukaran menghadapi pandemik Covid-19.

Pakej tersebut memberikan bantuan secara menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi.

Kenyataan itu turut menyebut pihaknya akan menggalakkan penglibatan lebih ramai sukarelawan daripada parti komponen Pemuda PN bagi melancarkan proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara dan kerja-kerja kebajikan

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan itu, Pemuda PN berikrar berdiri teguh di belakang Perdana Menteri untuk mengetuai negara dan rakyat keluar daripada badai pandemik Covid-19 melalui Pelan Pemulih Negara.