X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Remaja disyaki edar dadah melalui kurier diberkas

Anbalagan menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini pada Selasa.
A
A

SERDANG - Polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun disyaki pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM720,000 di sebuah premis syarikat kurier di Bandar Puteri Puchong di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, dalam serbuan pada jam 4.30 petang itu, polis turut menemui sebuah kotak berisi dadah disyaki syabu seberat 20.4 kilogram dan 20 lagi bungkusan disyaki mengandungi dadah yang sama di bawah dua helai kemeja T.

Menurutnya, remaja yang juga penganggur itu berperanan menghantar bungkusan itu ke Kota Kinabalu, Sabah melalui perkhidmatan kurier.

"Hasil pemeriksaan mendapati alamat tersebut tidak wujud dan kita percaya ia merupakan satu taktik bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini pada Selasa.

Anbalagan berkata, pihak kurier terpaksa menghubungi nombor telefon penerima dan dia akan mengarahkan barangan tersebut dihantar ke lokasi lain.

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai aktif sejak lima bulan lalu dan dadah terbabit dikatakan dapat menampung penggunaan bagi 20,000 penagih," katanya.

Anbalagan memaklumkan suspek direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!