X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Pemulih redakan kegelisahan isi rumah, PKS: Pakar ekonomi

A
A

KUALA LUMPUR - Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) dilihat akan meredakan kegelisahan kebanyakan isi rumah, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta PKS mikro dalam usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara.

Menurut Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan Perkeso, Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari, kerajaan mendengar rintihan dan desakan pelbagai pihak terutamanya dalam memberikan bantuan moratorium menyeluruh kepada rakyat Malaysia walaupun kedudukan suntikan fiskal negara terhad.

“Kita faham kerajaan perlu amat berhati-hati dalam memberikan suntikan langsung fiskal kerana ia boleh memberi implikasi kepada sistem ketahanan kewangan dalam jangka masa panjang,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'Pemulih: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi’ yang disiarkan secara langsung melalui Bernama TV, malam Isnin.

Pada masa sama, katanya, rakyat juga perlu memahami bahawa tiada jalan mudah selain membuka ekonomi secara berperingkat dalam usaha untuk mengekang penularan Covid-19.

“Saya melihat kerajaan sangat pantas dalam menyediakan bantuan secara menyeluruh kepada semua pihak termasuk bantuan moratorium dan subsidi upah,” katanya.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Pemulih bernilai RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion bertujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat.

Bantuan itu menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Profesor Kehormat Unimas, Datuk Dr Madeline Berma pula berpendapat kerajaan perlu memberikan penekanan dalam meningkatkan daya tahan rakyat terutamanya kumpulan yang mudah terjejas dan PKS supaya mereka memperoleh keupayaan untuk bertahan selepas pandemik Covid-19 berakhir. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!