Alam Flora hargai frontliners dengan pek prihatin

Mohd Zain (kanan) membuat penyerahan simbolik Kit Prihatin Alam Flora kepada Dr. Param di Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya pada Selasa.
Mohd Zain (kanan) membuat penyerahan simbolik Kit Prihatin Alam Flora kepada Dr. Param di Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kira-kira 1,100 pek prihatin diedarkan oleh Alam Flora kepada petugas barisan hadapan di beberapa lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Covid-19 Assessment Centre (CAC) dan Pusat Khidmat Gelandangan di Kuala Lumpur dan Selangor bermula Selasa sehingga 15 Julai.

Pek-pek yang dilengkapi dengan set hidangan yang dipek dalam bekas makanan guna semula, serta set sanitasi tangan dan lencana Alam Flora Prihatin adalah merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat.

Selain itu, sumbangan yang seumpama juga turut diberi kepada pusat khidmat gelandangan kelolaan DBKL di Kuala Lumpur, memandangkan mereka juga turut terkesan apabila kurang mendapat bantuan makanan daripada orang ramai akibat pendemik ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, sebagai ahli barisan hadapan, pihak Alam Flora amat memahami kesukaran petugas barisan hadapan yang terdiri dari pelbagai agensi.

Katanya, mereka selalu menghadapi kengkangan mendapatkan serta membeli bekalan makanan ketika bertugas hingga ada yang terpaksa meminta ahli keluarga menghantar makanan kepada mereka, yang mungkin berisiko.

“Sudah lebih setahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia. Barisan hadapan seperti kami ini sama seperti para petugas perubatan serta sukarelawan, yang sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan berisiko tinggi tetapi ia tidak pernah sama sekali melunturkan semangat kami untuk memberikan yang terbaik.

Serahan Kit Prihatin Alam Flora kepada wakil petugas-petugas di CAC Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya.
Serahan Kit Prihatin Alam Flora kepada wakil petugas-petugas di CAC Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya.

"Sebagai menghargai mereka, ini lah sumbangan dari kami bagi memberi pengiktirafan atas pengorbanan yang tidak berbelah bahagi ditunjukkan oleh mereka,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Mohd Zain berkata demikian selepas membuat penyerahan simbolik Kit Prihatin Alam Flora kepada Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Datuk Dr. Param Jeeth Singh di Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

Beliau berkata, antara PPV yang akan menerima Kit Prihatin Alam Flora ialah Dewan Sukan Pandamaran, Klang; Dewan Kelab Kilat TNB, Kapar, Klang dan Dewan Seroja, Putrajaya.

"CAC pula ialah Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9, Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Stadium Titiwangsa, Kompleks Sukan Sri Delima, Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Stadium Melawati dan Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.

Pusat Khidmat Gelandangan yang akan menrima kit tersebut pula ialah Pusat Khidmat Gelendangan Medan Tuanku dan Anjung Kelana (Pusat Transformasi Gelendangan) Jalan Desa Kuala Lumpur