6,437 kes Covid-19 direkodkan hari ini

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Negara kembali mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 melebihi 6,000 apabila mencatatkan sebanyak 6,437 kes pada Selasa.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan angka melebihi 6,000 adalah pada 18 Jun lalu dengan 6,440 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 2,299 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,361), Negeri Sembilan (700), Kedah (284), Johor (271), Melaka (252) dan Pahang (250).

Menurut beliau, Sarawak pula merekodkan sebanyak 242 kes, diikuti Perak (184), Sabah (178), Kelantan (131), Labuan (117), Pulau Pinang (115), Putrajaya (32), Terengganu (21) dan tiada kes baharu di Perlis.

"KKM merekodkan 5,298 kes sembuh daripada Covid-19 yang bersamaan dengan 90.9 peratus sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya 677,751 kes.

"Sebanyak 905 kes jangkitan yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 455 kes pula memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya.

Tambah Noor Hisham, KKM mencatatkan 107 kes kematian membabitkan 99 warganegara dan lapan bukan warganegara.

“Sebanyak 107 kes kematian pada hari ini (Selasa) melibatkan 43 kes di Selangor, 16 kes di Negeri Sembilan, 11 kes di Kuala Lumpur, masing-masing tujuh kes di Kedah, dan Melaka serta enam kes di Johor.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, masing-masing empat kes di Sabah, Kelantan dan Labuan manakala masing-masing dua kes di Sarawak dan Pahang, serta satu kes di Terengganu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebanyak 27 kluster baharu Covid-19 telah dikenal pasti sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya 2,821 kluster.

"Jumlah kluster yang tamat ialah 1,934 kluster manakala 887 kluster masih aktif.

"17 kluster tersebut membabitkan 13 kluster komuniti, tempat kerja (12) manakala kumpulan berisiko tinggi dan Institusi Pendidikan Swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masing-masing satu kluster,” tambahnya.

Sehingga 29 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,437 kes (745,703 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 2,299 (245,915)

WPKL - 1,361 (77,053)

Johor - 271 (70,525)

Sabah - 178 (69,203)

Sarawak - 242 (64,475)

Negeri Sembilan - 700 (44,236) pic.twitter.com/YOqVae5zG3

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 29, 2021