Covid-19: Vietnam lapor 95 lagi kes baharu, keseluruhan 16,136

Vietnam mencatatkan sebanyak 95 kes baharu Covid-19 membabitkan penularan tempatan dalam tempoh 12 jam sehingga 6 pagi Selasa, menjadikan angka terkini 16,136 kes,
Vietnam mencatatkan sebanyak 95 kes baharu Covid-19 membabitkan penularan tempatan dalam tempoh 12 jam sehingga 6 pagi Selasa, menjadikan angka terkini 16,136 kes,
A
A
A

HANOI - Vietnam mencatatkan sebanyak 95 kes baharu Covid-19 membabitkan penularan tempatan dalam tempoh 12 jam sehingga 6 pagi Selasa, menjadikan angka terkini 16,136 kes, lapor Agensi Berita Vietnam, memetik Kementerian Kesihatan.

Antara kes baharu yang direkodkan, 58 daripadanya dikesan di Ho Chi Minh City, 18 di Phu Yen, lapan di Long An, empat di Bac Giang, tiga di Ha Tinh, dua di Nghe An, dan masing-masing satu kes di Tra Vinh dan Vinh Long.

Daripada jumlah itu, 89 kes dilaporkan di kawasan yang dikenakan sekatan dan kuarantin.

Sehingga kini, Vietnam mencatatkan 14,358 jangkitan domestik dan 1,778 kes import, kata kementerian.

Angka kematian seramai 76 orang setakat ini.

Sebanyak 13 daerah dan bandar yang sebelum ini dilanda wabak, tidak melaporkan kes baharu untuk tempoh 14 hari berturut-turut.

Pada Isnin, 112,344 penduduk negara ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19. Sehingga kini, hampir 3.5 juta dos vaksin digunakan. Jumlah mereka yang sudah lengkap dua dos suntikan ialah 172,944. -Bernama

Artikel Berkaitan: