Kekurangan dana bantuan, Somalia diancam krisis kemanusiaan

Dianggarkan 5.9 juta penduduk Somalia kini berisiko tidak mendapat akses perkhidmatan penting yang diperlukan untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa disebabkan krisis dana kemanusiaan. - Foto AFP
Dianggarkan 5.9 juta penduduk Somalia kini berisiko tidak mendapat akses perkhidmatan penting yang diperlukan untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa disebabkan krisis dana kemanusiaan. - Foto AFP
A
A
A

ANKARA - Dianggarkan 5.9 juta penduduk Somalia kini berisiko tidak mendapat akses perkhidmatan penting yang diperlukan untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa disebabkan krisis dana kemanusiaan, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Keperluan bantuan kemanusiaan meningkat ketara pada 2021, tetapi dana untuk memenuhi keperluan ini semakin tenat sejak enam tahun kebelakangan.

"Rakan kerjasama kemanusiaan hampir tidak dapat memenuhi keperluan asas untuk membantu mereka yang kebuluran, menderita dan yang terpaksa menjadi pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak," kata Wakil Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Residen dan Penyelaras Kemanusiaan untuk Somalia, Adam Abdelmoula dalam laporan dikeluarkan Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) pada Isnin.

OCHA memberi amaran andai masalah dana ini tidak diatasi segera ia boleh mencetuskan bencana kemanusiaan terburuk di Somalia.

Menurut laporan itu menjelang September kira-kira separuh daripada 16 juta penduduk Somalia memerlukan bantuan kemanusiaan, manakala sekitar 2.9 juta menjadi pelarian dan 2.8 juta lagi sangat perlukan bantuan makanan.

Ketika ini sejuta kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan dan lebih menyedihkan bencana kemarau dan banjir selain kesan ketegangan politik, Covid-19 serta serangan belalang juta memburukkan lagi situasi kemanusiaan di Somalia. - Bernama

Artikel Berkaitan: