Ebit Lew luah rasa sedih, sayu...

Ebit Lew ketika memberi sumbangan kepada keluarga di Gaza. Foto:FB Ebit Lew
Ebit Lew ketika memberi sumbangan kepada keluarga di Gaza. Foto:FB Ebit Lew
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ebit Lew menzahirkan rasa sedih dan sayu selepas menziarahi beberapa keluarga yang susah serta memerlukan di Semenanjung Gaza.

Menurut Ebit, beliau telah membeli beberapa barang keperluan, makanan dan mainan kanak-kanak untuk disumbangkan kepada keluarga tersebut.

"Bila berbual, saya tanya nama, semua bagitahu nama masing-masing.

"(Tetapi) seorang ini tak jawab-jawab, rupanya tak dengar, dah lama sakit. Saya tanya ada bawa jumpa doktor, dia cakap ubat hanya ada di Mesir dan perlu pembedahan di West Bank.

"Saya terus ambil nama jenis ubat itu. Nanti akan minta pasukan Malaysia yang masuk dalam masa terdekat bawa ubat tersebut," katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit hargai sokongan misi bantuan ke Gaza

Pada Isnin, media melaporkan rombongan Ebit akhirnya berjaya memasuki Gaza, Palestin demi misi bantuan kemanusiaan.

Menerusi satu entri di Instagram Ebit, beliau memaklumkan rombongannya merupakan kumpulan pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas serangan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: