Semangat berpasukan julang Republik Czech

Barisan pemain Republik Czech meraikan kemenangan ke atas Belanda pada awal pagi Isnin.
Barisan pemain Republik Czech meraikan kemenangan ke atas Belanda pada awal pagi Isnin.
A
A
A

PENGENDALI Republik Czech, Jaruslav Silhavy menyifatkan semangat serta kerjasama berpasukan sebagai faktor utama yang mendorong kemenangan 2-0 skuad kendaliannya ke atas Belanda dalam aksi 16 terbaik Euro 2020 pada awal pagi Isnin.

“Saya hilang kata-kata. Apabila wisel penamat ditiup, kami semua berteriak, kami telah berjaya lakukannya!

“Apa pun, tidak dinafikan Belanda memang pasukan yang kuat tetapi pemain dilihat berjaya menyaingi mereka di sepanjang perlawanan.

“Walaupun kami kelihatan agak ‘kaku’ ketika menyerang tetapi dengan semangat berpasukan kami berjaya menjaringkan dua gol yang cukup penting dan membawa kami ke suku akhir,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, jaringan Tomas Holes pada minit ke-68 dan Patrik Schick (80) membawa Republik Czech ke saingan suku akhir.

Untuk rekod, Republik Czech pernah muncul juara Euro 1976 (menggunakan nama Czechoslavakia) dengan menewaskan Jerman Barat 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti.

Sementara itu, Silhavy berharap kerjasama berpasukan dalam kalangan pemainnya dapat diteruskan pada aksi suku akhir berdepan Denmark nanti.

“Setiap perlawanan pasti ada aksi luar biasa yang dipersembahkan pemain dan kali ini saya dapat saksikan aksi terbaik daripada penjaga gol Tomas Valick dan juga Tomas Holes.

Artikel Berkaitan:

“Saya percaya jika ia berterusan (kerjasama berpasukan) kita mampu mengejutkan Denmark,” katanya.