Penduduk PKPD perlu segera diberi vaksin: Fahmi

Fahmi (dua dari kanan) meninjau pelaksaan PKPD di Jalan Kubur, Pantai Dalam pada Ahad.
Fahmi (dua dari kanan) meninjau pelaksaan PKPD di Jalan Kubur, Pantai Dalam pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mencadangkan agar penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus diberikan suntikan vaksin.

Fahmi berkata, langkah itu dapat membendung penularan Covid-19 sekali gus mempercepatkan imuniti kelompok.

"Saya harap perkara ini boleh dipertimbangkan di mana-mana tempat yang dikenakan PKPD, penduduk yang disaring negatif terus diberikan vaksinasi.

"Mereka telah dikumpulkan di situ dan kenapa tidak diberikan vaksin terus. Jadi dengan cara itu kita dapat menyegerakan imuniti kelompok, " katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Lembah Pantai mencatatkan tiga kluster baharu Khamis lalu melibatkan di Taman Bukit Angkasa, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria dan Jalan Kubur, Pantai Dalam.

"Situasi tersebut menyebabkan PKPD di Jalan Kubur, Pantai Dalam dilaksanakan bermula Ahad lalu hingga 9 Julai depan.

"Pada masa sama jumlah kes yang meningkat di Taman Bukit Angkasa dan PPR Pantai Ria juga agak merisaukan. Harap pemberian vaksin dapat dilakukan segera, " katanya.

Jumaat lalu, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPD di Kampung Segambut Dalam, Segambut dan Jalan Kubur, Pantai Dalam bermula Ahad lalu sehingga 9 Julai 2021.

Artikel Berkaitan: